Friday, May 21, 2010

MY DESTiNY:episode 2

''Bangun semua ! Assalammualaikum dan selamat pagi cikgu !'',laung MIkael selaku ketua tingkatan di dalam kelas 5Akaun selepas melihat Pn.Aishah masuk ke dalam kelas

''Waalaikummusalam dan selamat pagi semua,sila duduk '',jawab Pn.Aishah

''hari ini sebelum kita menyambung pelajaran semalam,saya ingin memperkenalkan kepada awak semua dengan seorang pelajar baru yang akan masuk ke dalam kelas kita'',terang Pn.Aishah memberitahu kepada semua muridnya

Semua pelajar di dalam kelas 5Akaun mula berbisik sesama sendiri,malah ada yang melilau mata mencari kelibat pelajar baru itu dan ada yang tidak sabar-sabar untuk melihat siapakah dia yang ingin menjadi ahli keluarga 5AKaun. Sementara Darwisy berdebar-debar menunggu di sebalik pintu kelas itu dan hanya menanti namanya dipanggil sahaja seperti yang di arahkan oleh Pn.Aishah

''Cikgu . mana orangnya ??''tanya si gedik Lyka

''Darwisy,sila masuk'',laung Pn.Aishah memanggil Darwisy sambil tanganya melambai ke arah Darwisy

Darwisy berjalan agak perlahan kerana perasaan gemuruhnya apabila 35pasang mata tepat sedang melihatnya

''Assalammualaikum dan se.selamat pagi'',ucap Darwisy sambil menahan gugupnya

"Darwisy,sila perkenalkan diri awak'',arah Pn.Aishah

''baik cikgu,.Hmm,nama saya Muhammad Darwisy Affendy bin Kamarul Zakaria,panggil Darwisy,dari Sekolah di Perak dan berpindah ke sini kerana mengikut ayah saya.Selamat berkenalan semua'',Darwisy memperkenalkan dirinya sambil cuba mengukir senyuman kerana perasaan gugupnya sudah mengawal dirinya

''baiklah,awak boleh duduk di sebelah Ashraf'',arah Pn.Aishah sambil menunjukkam ke arah tempat duduk Joffry yang kosong kerana dia tidak hadir

''baik cikgu'',balas darwisy sambil berjalan ke arah tempat duduk Joffry

''Hai Handsome !'',sapa Lyka,Aresya dan Reen serentak apabila melihat kehensemen Darwisy begitu juga dengan pelajar2 lain

''hai'',balas darwisy ramah

''handsomenyeeee! kalau lah aku dapat,best nya!''bisik Aresya ke telinga Reen

''amboi ! gatalnya,habis si Aidil tu nak campak mana hah ? balas Reen sambil melirikkan matanya ke arah Aidil yang sedang leka berbual

Darwisy yang sudah duduk di sebelah Ashraf memperkenalkan dirinya sekali lagi kepada Ashraf sebelum mereka berdua bersalaman.Setelah keadaan menjadi tenang kembali,Pn.Aishah mengarahkan semua pelajarnya membuka buku teks Sains . ketika Pn.Aishah yang sedang rancak menerangkan tentang subjek itu,dua orang pelajarnya sedang rancak berbual di belakang

''wei ,kau perasan tak Aresya tu dari tadi asyik tengok Darwisy je?'',soal Rayqal sambil mencatat nota yang diberi Pn.Aishah di papan hitam

''Aku perasan lah !! sakit gila hati aku !'',keras suara Aidil sehingga membuatkan Pn.Aishah berhenti menulis

''Apa yang gila Aidil ? awak ke ?'',soal Pn.Aishah sebelum diiringi gelak tawa semua pelajar

''Er,Er tak ada apa-apa cikgu.. hehe'', balas Aidil terketar-ketar apabila perbualannya tadi didengari oleh Pn.Aishah

''Kau ni! slow la sikit volume suara tu.aku tahulah kau tengah marah'',kata Rayqal sambil menyendol siku Aidil

''sori lah. aq xsengaja.. '',pinta Aidil kepada Rayqal

''kau siaplah DArwisy, mula-mula kau buat awek aku terliur tengok kau,sekarang sebab kau aku bengang. memang tempah maut betul la kau ! '',desis hati Aidil sambil mengerling tajam ke arah Darwisy yang sedang fokus kepada Pn.Aishah

Wednesday, May 19, 2010

MY DEStINY :Episode 1

''kringgggg.kringgggg'',Jam loceng di bilik Darwisy berbunyi nyaring memecahkan keheningan pagi

''uwarghhhhh.. aduh! bising betul lah jam ni. aku campak kang baru tau!'',bebel Darwisy sambil menggosok matanya

''Wisy Oi! bangun lah . pergi sekolah. hari ni kan hari pertama sekolah kat Smk Bt6'',laung Pn.nani di dapur

''alamak! macam mana aku boleh lupa plak ni.hari ni kan sekolah ! adoiiii.. okay mak! Wisy siap ni'',balas Darwisy sambil berlari anak menuju ke bilik air

**************************************************************************************
Selepas mandi dan bersiap ,baru lah Darwisy keluar dari bilik menuju ke dapur untuk sarapan bersama ibunya

''Assalammualaikum mak'',Bisik Darwisy ke telinga Pn.nani

''isyh! geli lah. waalaikummussalam encik Darwisy. Amboi! wanginya anak mak ni. mentang-mentang lah nak masuk sekolah baru'',usik Pn.nani kepada Darwisy

''eh mak,mestilah kena wangi-wangi,sekolah baru,mesti ramai awek cun .haha'',balas Darwisy sambil menarik kerusi untuk duduk

''amboi.gatalnya anak mak seorang ni. nanti dah dapat ,jgn lupa kenalkan ea.'',balas Pn.nani memerli Darwisy

''eh mak ni,ke situ pula,Wisy gurau je lah, Urmm masak pe ni?macam sedap je. hah! ayah mana mak? tanya Darwisy sambil melihat makanan atas meja

''alah. sandwich je. ayah kau? pagi-pagi lagi dah bertolak ke China,ada appoinment katanya kat sana,tak kuasa lah mak nak ambil tahu'',kata Pn.nani sambil mencebikkan bibirnya

''Ohh.ala ayah , sebut je nama negara yang pernah ayah pergi,mesti lima helai kertas A4 habis. hahaha'',jenaka Darwisy sambil ketawa

Pn.nani gembira melihat anaknya yang ceria dan tiada masalah jika ayahnya ke luar negara malah faham akan kerja ayahnya itu.
************************************************************************************

selepas selesai makan ,Darwisy terus mengambil beg sekolah dan terus menuju ke parkir kereta diikuti Pn.nani. Pn.nani ingin mendaftarkan Darwisy di Smk Bt6.

''Wisy,semua dokumen,barang yang diperlukan dah sedia?'' soal Pn.nani

''Dah! '',ringkas jawapan Darwisy

''okay.jom kita bertolak'',balas Pn.nani setelah menghidupkan enjin kereta

sementara Pn.nani sedang fokus memandu,Darwisy pula sedang mengelamun jauh

''macam mana lah keadaan sekolah tu . mesti tak sama dengan sekolah lama aku'',bisik hati Darwisy

Sunday, May 16, 2010

watak-watak







DARWISY




DAMIA







LUKMAN











AIDIL








RAYQAL







LYKA







ARESYA






REEN









MIKAEL








SOPHIE












PN.AISHAH









ASHRAF










JOFFRY




Saturday, May 15, 2010

MY DEStINY :pengenalan watak

penGenalan watak-watak dlm novel ini :

DARWISY:: watak Utama [berumur 17 taon,bekas pelajar Sekolah Tinggi Kementing,Perak]

DAMIA::watak utama[pelajar SMK BT6]

LUKMAN::watak pembantu[geng d'Lelucky]
AIDIL::watak pembantu[geng d'Lelucky]
Rayqal::watak pembantu[geng d'Lelucky]
*geng ini popular di dalam kelas kerana kehenseman mereka bertiga

Lyka::watak pembantu[geng Starzen]
Aresya::watak pembantu[geng Starzen]
Reen::watak pembantu[geng starzen]
*geng ini popular kerana kecantikan dan kekayaan yg dimiliki

Mikael::watak pembantu[ketua kelas 5Akaun,SMK BT6]

Sophie::watak pembantu[Penolong ketua kelas 5Akaun]

Ashraf::watak pembantu[kawan baik kepada Darwisy, pelajar SMKBT6]

Joffry::watak pembantu[kawan baik kepada Darwisy,pelajar SMKBT6]

Pn.Aishah::watak pembantu[Guru kelas 5Akaun]

beserta 23 pelajar di dalam kelas 5Akaun...